Ketika Sedih...apa yang aku fikirkan ?

Hari ini...11 April...

Mungkin ramai yang tergembira kerana hari Jumaat..esok cuti konon-konon...** Tapi diriku terindu sangat kepada perempuan tua ini...betapa kasih sayang terhadapnya tetap ku ingati...ketika garu belakang ku...ketika kena maki olehnya...ketika makan buah pinang bersamanya...entah berapa lama lagi dia...akan bersamaku....bila ?

Bagi diri aku pun tersengsara sejak bulan lepas sehingga bulan ini...1104 hanya hari yang berlalu dan akan berlepas keesokan hari...Ya ! esok SOngkran yang ramai tunggu-menunggu untuk bermain2..terserempak dengan kawan2 lama...terjumpa jodoh di masa Songkarn....bagi diri tetap biasa, walaupun dikatakan hari kebudayaan Konthai kita...tapi entah sejauh mana ia wujud ? Keturunan hanya cakap Songkarn adalah hari Wai-Prew atau Wang Warg untuk berkumpul...Bang-Sa-Kun Bua dan Thambun Tark Bart untuk keturunan yang pergi tanpa kembali saja...Ketika ini, bayangan suasana itu terlayang-layang diminda aku...betapa seronok ! gembira ! dan bangganya aku dapat hidup kerana keturunan ku yang gigih tabah untuk melanjutkan keturunan diriku yang boleh dikatakan diriku lebih berjaya daripada keturunan aku lagi....apa2 pun ku tetap bersyukur..Tanpa Mereka Ini...Maka tiadalah diriku sehingga kini....
---- Diri ku tetap kenang kesayangan, kebahagian keluarga ku walaupun ada seseorang cuba menghancurkan...tapi ku tetap mempertahankan keturunan ku demi Bapa dan Ibu yang tercinta ini...Umur sudah mencecah 30 tahun, ku tetap dengan ideologi lama...iaitu buat apa2 saja demi keluarga dan keturunan ku...selain kerja kebajikan masyarakat...ku bukan orang yang berkuasa untuk berubah masyarakat...tapi ku cuba tolong cuba buat terbaik untuk sang-kom walaupun suara-suara kecil-kecilan daripada diriku....bukan ingin nama, kuasa, muka atau kewangan...mahupun ungkapan berterima kasih daripada mereka...yang aku sedar adalah kesedaran dan kesyukuran aku lahir di bumi ini melalui keturunan, keluarga dan masyarakat Konthai yang ku sangat sanjungi dan sayang....Inilah luahan dan perasaan aku pada 11 april 2008 selepas aku kerja di KLCC Convention untuk liputan PC Fair 2008....Mampukah ku boleh lanjutkan usia keturunanku ? Mampukah pertalian antaraku dan keluargaku terus kekal..tanpa sebarang perpisahan...terdayakah untuk mengekalkan segala-galanya...atas dasar KARMA...mungkin tidak...mungkin ya...dan tak mungkin.....


Comments

Popular posts from this blog

SECOND TIME ROUND THAILAND

Trip Sipadan, Sabah

SAPA Vietnam...My Vacation...Still Alive