Dairy and Camera


Aiyooo...2 bulan berturut aku jalan sini sana...Pelbagai cerita manis, pahit duka dan sedih...kawan paling sejati bagi aku adalah...Dairy dan Camera ini...
Setiap kali ke mana-mana jua...aku tetap dengan dia...

Start dengan awal bulan Jun ku ke Cambodia, hampir seminggu di sana pelbagai pengalaman aku dapat, ia tak dapat dibeli, memang kagum dengan keunikan negara itu, pelbagai perasaan, maklumat, aku coret dalam dairy ini. Kamera pula, di snap untuk memori dalam hidupku...KEBAHAGIAN adalah dihati...kekejaman adalah dihati...kesedihan adalah dihati...segala-galanya di negara ini...Inilah pengalaman yang sangat berharga...dan akan kukenang ke akhir hayat bersama mu di sana...



Setelah kembali ke KL, ku terus ke Trolak Resort di Sungkai, Perak. Di sini pelbagai pengalaman sepasukan dan kawan sejati aku dapat cari...dapat memahami, betapa manusia ada keegoan dan mementingkan diri sendiri dan kekuatan diri bagi hadapi cabaran....kursus hampir sebulan ini tetap ku coret dalam dairyku dan snap shot sebagai kenangan ku di sana...tetap di hati melalui camera ku ini.

Perjalanan hidupku tetap diteruskan...keletihan daripada kursus masih ada...perjalanan dan tugas rasmiku tetap dilaksana oleh itu, iaitu destinasi ke Sabah...untuk Tadau Keamatan atau Hari Keamatan...di sini pelbagai perasaan kita hadapi..keseronokan dan angan2 yang manis mula kembali dalam diriku...ia tetap dicoret dalam diaryku lagi...angan2 itu bagaikan "gula-gula kapas" sekejap saja ku rasainya manisan itu...akhirnya hilang begitu saja...apabila ku kembali ke Semenanjung...Gunung Kinabalu dari Kota Belud membuatkan hatiku ingin menetap di sana selama-lamanya...memori tetap direkod oleh kamera kesayangan ku...sehingga kini...ku masih kenang "gula-gula kapas" itu dan keunggulan gunung Kinabalu di hatiku...tutup tirai bulan May di Sabah...dengan kenangan yang tetap dihatiku bersama "gula-gula kapas" yang ku rasai seketika saja...masih menunggu peluang itu !

Awal bulan JUn...setelah kembali ke semenanjung 5 Jun, nenek yang ku hormati, pergi dariku...hanya kesedihan dan kenangan lama kembali dimindaku...pergi selama-lamanya hanya jasa dan memori dihatiku...kameraku tetap bertugas utk aku untuk merakamkan kenangan pahit itu di batu 25 "Destinasi Terakhir" bagi semua manusia....

Pertengahan Jun...ku tetap berjalan dan berjalan..tanpa henti...ku sangat berterima kasih kepada kawan sepasang suami isteri yang tetap tolong aku untuk ke Kelantan, bagi melaksanakan tugas yang ku rancangkan..walaupun terlewat sehari...kenangan dan memori tetap ku simpan dalan dairy ini dan kamera tersayangku tetap lakukan seperti biasa...tapi sayangnya kesihatan aku sangat teruk...kamera ku pula memahami hatiku...ia turut dimasukkan bengkel kerana kerosakan teknikal...tapi tidak mengapa...kau akan kembali ke pangkuan aku nanti...Ku TETAP MENUNGGU WALAUPUN LAMA MANApun...

Itulah perjalanan hidupku secara ringkas..segala-galanya dalam dairy kesayangan ini :)

Comments

Popular posts from this blog

SECOND TIME ROUND THAILAND

Trip Sipadan, Sabah

SAPA Vietnam...My Vacation...Still Alive